Nadzmi Adhwa Risau Pertama Kali Berjauhan Dengan Anak & Isteri
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Nadzmi Adhwa mengakui bimbang apabila terpaksa berjauhan dengan isteri, Ardell Aryana dan anak perempuannya yang baru berusia dua bulan kerana tuntutan kerja.
Menurut Adhwa, ini merupakan pertama kali mereka berjauhan apatah lagi Ardell masih lagi dalam proses berpantang. Meskipun sedang berpantang, Ardell sempat mengambil masa untuk menghantar suaminya.
BACA: Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa Dedah Wajah & Nama Anak
Difahamkan, Adhwa ke negeri Perlis untuk menjalani penggambaran program terbaharu berjudul Dua Dunia selama 17 hari. Dalam pada itu, Adhwa sempat menitipkan pesanan kepada isterinya supaya menjaga dirinya baik-baik.
“Masih dalam pantang jaga diri baik-baik ya sayang. Pertama kali berjauhan, 17 hari pula tu. Dah rindu kamu berdua sangat-sangat,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji kecomelan anak sulung mereka selain mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan. Malah, netizen turut berharap proses berpantang Ardell baik-baik sahaja.
laki i dulu 3 bulan kat laut. chill.. 17 hari je…
Artis malaysia ni poyo tau. Kalau tak cerita dalam kain, cerita dalam rumah. Geli sial.
Dasar pandang ke Timur, Ninja jepun aktif di malaysia.
Dalam malaysia lagi..ingat obersi..yelah…
jangan umumkan pada public yang kita tinggalkan anak bini selama berapa hari, walaupun tinggalkan kat rumah keluarga.