fbpx

Pakaian Sedondon Ke Melodi Raya, Ana Dahlia & Chef Riz Bercinta?

Pasti ada antara anda yang masih tidak kenal siapa Ana Dahlia bukan? Kami juga.

Tetapi, masihkah anda ingat dengan kontroversi pelakon wanita filem Mantera tidak lama dahulu dengan aksi mendedahkan tubuh belakang. Itulah Ana Dahlia.

Rakan media kami, Budiey.com yang di’jemput ke rakaman Melodi Raya TV3 hari ini memberikan maklumat gossip berkaitan Ana Dahlia.

Jun lalu, sebuah portal hiburan Malaysia ada memberikan hint kepada peminat hiburan yang Ana Dahlia ini sedang bercinta dengan seorang chef — namun tiada nama yang di’berikan.

Malam ini, Budiey menulis di Twitter rasmi beliau yang Ana Dahlia & anak lelaki Chef Wan, Chef Riz kelihatan hadir bersama ke Melodi Raya TV3, dengan pakaian sedondon lagi.

Ini menguatkan andaian yang Ana Dahlia & Chef Riz memang sedang hangat di’lamun cinta. Baguslah, masing masing punya badan yang cantik & pernah di’tayangkan kepada umum. Oops.