fbpx

Pakaian Anak Terlalu Seksi, Che Ta Ditegur Netizen

Sebut sahaja nama anak pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rhana, ramai yang suka melihat gelagat comel kanak-kanak kecil itu. Kini berusia lima tahun, Aaisyah dilihat semakin pandai bergaya seperti ibunya.

Bagaimanapun, foto percutian yang dikongsikan oleh Che Ta di Instagram menjadi perhatian ramai apabila rata-rata netizen menegur pakaian anak bongsu pelakon itu yang disifatkan terlalu seksi dan terdedah.

BACA: Macam Anak Dara, Bentuk Badan Che Ta Jadi Idaman Wanita

Menerusi foto yang dikongsikan, Aaisyah dilihat sedang Aaisyah dilihat sedang berbaring di riba ibunya memakai dress berwarna hijau turquoise dan skirt berwarna kuning.

Diruangan komen, netizen menegur supaya Che Ta lebih berhati-hati dalam memilih pakaian anak kerana ianya mungkin mengundang bahaya pada anak lebih-lebih lagi kepada golongan pedofilia.  Kata netizen lagi, teguran yang dibuat adalah untuk kebaikan mereka sekeluarga.

Bagaimanapun, ada netizen mengatakan tiada masalah untuk pakaikan anak seperti itu memandangkan masih kecil lagi tetapi tidak perlu kongsikan di media sosial.