fbpx

Macam Anak Dara, Bentuk Badan Che Ta Jadi Idaman Wanita

Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan. Meskipun sudah usia sudah menganjak 47 tahun, namun Che Ta dilihat muda persis anak dara.

Baru-baru ini, gambarnya yang dimuat naik di Instagram menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu tampil dengan pakaian bertema warna merah jambu dengan menampakkan sedikit bahagian pinggangnya yang tertutup.

BACA: Zain Saidin Kena Kolestrol Tinggi, Akui Che Ta Masak Sedap Sangat

Rata-rata netizen terutamanya wanita mengagumi bentuk badannya dan pinggannya yang kelihatan langsing. Malah, ada yang meminta tips untuk menurunkan berat badan serta petua menjaga kecantikan.

Tidak kurang juga ramai yang memuji meskipun Che Ta sudah mempunyai tiga orang cahaya mata namun masih menjaga penampilan dan bentuk badan.

Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan puteri diberi nama, Aaisyah Dhia Rana. Menerusi perkahwinan terdahulu, Che Ta mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.