Pakai Stoking Dalam Air, Zizi Kirana Dipuji Tetap Jaga Aurat Ketika Bulan Madu
Selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana kini sedang menikmati percutian pra-bulan madu mereka di Semporna, Sabah.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Zizi dilihat tidak lokek memuat naik video memaparkan momen romantis mereka buat pera peminat.
BACA: Sebulan Bergelar Isteri, Zizi Kirana Seronok Sediakan Bekal Untuk Suami
View this post on Instagram
“Pre-honeymoon with my lovely wife @zizi_kirana. Banyak lagi pulau yang tak sempat nak pergi sebab tak cukup masa kena balik sebab kerja. Insyaa Allah Next trip , Pulau Mabul,” tulisnya.
Namun, lebih menjadi perhatian penampilan Zizi yang tetap tampil sopan meskipun melakukan aktiviti di pantai. Malah, ramai memuji Zizi yang mengenakan stoking kaki ketika berjalan di pantai.
Rata-rata netizen mengakui suka melihat perubahan dan penghijrahan Zizi selepas mendirikan rumah tangga serta memuji Yusuf kerana pandai mendidik isteri. Malah, netizen turut mendoakan agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.
Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu selepas dua bulan berkenalan ketika bersama-sama terlibat dalam program All Together Now Malaysia.
Beza manusia dengan binatang ialah tuhan bagi manusia akal untuk berfikir…
nak juga pujian. attention seeker. sendu! dasar hitam gigi jongang!
demi like.. puiiii!! penunggang ugama! sorry ko bkn neelofa or mizz nina or heliza helmi aku nak puji.. jgn try sngt! ko x famous mcm mereka! sudah2 lh buat publisti murahan demi like!!! #airludah kat muka zizi.. puiiii!!!!
Zizi sebelum artis, dia ala2 ustazah kan? Siap ajar mengaji lg.
Camne la blh terpesong jd artis cenggitu. Syukur kembali semula
Semoga terus istiqomah. We love the new you.