fbpx

Pakai Skirt Pendek, Netizen Sindir Sabronzo Dolla

Pasti ramai tahu minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kumpulan Dolla yang tampil seksi ketika membuat persembahan dalam acara Good Vibes Weekender.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut sudah pun membuat permohonan maaf mengenai isu berkenaan serta mengakui mereka terlepas pandang mengenai soal pemilihan pakaian.

BACA: “Kami Terlalu Fokus Pada Persembahan Sampai Terlepas Pandang Baju Seksi” – Dolla

Baru-baru ini, salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo menjadi perhatian ramai apabila memuat naik videonya sedang menari bersama Angle yang juga ahli kumpulan tersebut.

@sabronzoooo

City gworls @? angel *:???

? original sound – ???.

Namun, apa yang lebih menjadi bualan ramai adalah skirt pendek yang dipakai oleh Sabronzo menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Susulan itu, ada segelintir netizen menyindir Sabronzo yang mengeluarkan kenyataan sebelum ini. Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan pemakaiannya itu adakah disebabkan tuntutan kerja atau sebaliknya.

Meskipun ada yang memerlinya, namun ada yang memuji pemakaian Sabronzo dan Angel yang dilihat sangat cantik.