“Kami Terlalu Fokus Pada Persembahan Sampai Terlepas Pandang Baju Seksi” – Dolla
Baru-baru ini, kumpulan Dolla dikecam teruk apabila tampil seksi ketika membuat persembahan dalam acara Good Vibes Weekender. Selepas beberapa hari mengunci mulut, akhirnya kumpulan Dolla membuat permohonan maaf mengenai isu berkenaan.
Memetik mStar Online, ahli kumpulan Dolla iaitu Sabronzo mengakui mereka terlepas pandang mengenai soal pemilihan pakaian mungkin kerana terlalu fokus kepada persembahan.
BACA: Dikritik Seksi Kalah Artis Luar, Dolla Kunci Mulut
“Itu pertama kali kami dijemput untuk acara berkenaan. Mungkin terlalu fokus kepada persembahan membuatkan kami terlepas pandang hal lain termasuk pakaian.
“Mewakili Dolla, kami akui kesilapan tersebut. Kami mohon maaf dan akan memperbaiki untuk jadi lebih baik di masa akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, mereka akan lebih berhati-hati selepas ini dalam pemilihan pakaian di mana-mana persembahan di masa akan datang.
“Setiap penampilan kami akan berbincang dengan penata gaya dan pihak pengurusan. Jadi selepas ini kami akan lebih berhati-hati.
“Apa yang berlaku juga menjadi satu pengajaran buat kami semua. Kami akan cari jalan terbaik untuk memperbaiki segalanya,” katanya.
Terdahulu, imej seksi kumpulan itu dikecam netizen sehingga ada yang membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan yang merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL.
- SUMBER
- mStar Online
tak membohong tak sah retis2 pembohong ini.
boleh baca, percaya jangan.
YA TUHAN MALU NYA FOKUS PADA PERSEMBAHAN PUN TETAP SUARA TAK SEDAP NYANYI. MENARI PUN MACAM CELAH KANGKANG ADA KURAP NAK GARU SEBAB GATAL. SERBA SERBI TAK BAGUS. TERUKNYA.
DAN SEBAB TULAH PERLU PAKAI BAJU SEPERTI SUNDAL JALANG. MENUTUP KELEMAHAN DENGAN KESUNDALAN
Anak sape lh ni..x g sek agama ke dulu2..
alaa rilek la..
..terlepas pandang on pakaian? Hahhahha..rasanya memang macam tu yang dorang nak pakai..
Haiyah….dis girls all so sexy mah. So juicy to look one. Me latuk seli buy one, drive vellpari, bieem, mercedis, awdi and pelari all rekon models. Can I call you all for our ofis annual parti. Can aahh… no need to sing and dance. Just keep quite oso ok.