fbpx

Pakai Seluar Pendek, Nonny Nadirah Dah Buka Tudung?

Perkongsian di Instagram Nonny Nadirah semalam mengejutkan ramai memaparkan gambar seorang wanita memakai baju putih, mengenakan stokin jarang, namun wajahnya ditutup dengan alat pelindung muka.

Entri itu turut disertakan dengan kapsyen, ‘It’s good to be back’ (bagus untuk kembali). Berdasarkan tinjauan, akaun Instagram itu sudah memadam semua gambar sebelum ini. Malah, posting tersebut turut ditutup ruangan komen.

BACA: Niezam Zaidi Nafi Status Janda Nonny Punca Batal Kahwin

Terdahulu, Nonny atau sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin tampil bertudung sejak pulang daripada mengerjakan umrah pada Januari 2019.

Sebelum ini, dalam satu laporan temubual, Nonny pernah meberi pandangan tentang segelintir golongan artis yang kembali membuka hijab selepas bertudung.

“Pada saya, ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita adalah berbeza. Allah pula menghadirkan ujian kerana Dia menyayangi hamba-Nya. Tuhan juga takkan menduga seseorang manusia dengan ujian di luar kemampuannya. Jika boleh dihadapi ujian itu, insya-Allah perkara lebih besar dan baik akan diberikan kepada kita.

“Kita juga perlu sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Saya, umpamanya, mengajar diri untuk terlebih dahulu mencari salah sendiri daripada sibuk memperkatakan kesilapan orang lain. Cari persekitaran yang baik, insya-Allah kita juga akan menjadi orang yang lebih baik,” katanya.

Setakat ini, masih tiada penjelasan lanjut daripada Nonny mengenai gambar yang dikongsikan itu. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.