fbpx

Niezam Zaidi Nafi Status Janda Nonny Punca Batal Kahwin

Sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Isnin lalu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28, pelakon Niezam Zaidi menafikan status janda pelakon Nonny Nadirah punca mereka membatalkan majlis perkahwinan.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Naziem berkata punca perkata itu terjadi mungkin datang dari dirinya yang belum bersedia untuk bergelar suami. Tegasnya lagi, hubungan mereka berakhir tiada kaitan dengan status Nonny.

BACA: Tak Kisah Status Janda, Niezam Cintakan Nonny Kerana Allah

“Sebenarnya tidak ada kaitan dengan status dia pun. Seperti dikatakan sebelum ini, mungkin saya belum bersedia untuk menjadi pemimpin yang bagus dalam sebuah keluarga.

“Selain dari itu memang tidak ada apa-apa pun. Mungkin saya ada masalah dengan diri sendiri. Itu saja,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Niezam menyifatkan apa yang berlaku adalah ketentuan Allah dan menganggap tidak ada jodoh antara mereka. Ujarnya, keputusan untuk membatalkan majlis dibuat oleh kedua-dua pihak.

“Pembatalan ini dibuat atas keputusan kedua belah pihak, antara saya dan Nonny. Disebabkan itu tidak jadi. Sepatutnya majlis dibuat pada hari jadi saya tempoh hari,” katanya.

Terdahulu, Nonny berkata, keputusan membatalkan majlis perkahwinan yang sudah dirancang itu sudah dibuat lama iaitu selepas mereka menghadiri kursus kahwin pada September lalu.