fbpx

Adeline Tsen Bakal Sambung Belajar Ke LA

Berpegang kuat pada pesanan ayah agar mementingkan peljaran bagi menjamin masa hadapan, pelakon Adeline Tsen yang berketurunan Kadazan ini bakal menyambung pelajaran ke Los Angeles, September ini.

BACA: Gaya Selebriti Di Kuala Lumpur Fashion Week 2015

“Ayah saya tak merestui kerjaya seni saya awalnya. Dia cakap, apa-apa pun, pastikan pelajaran diutamakan. Syukur impian dan hasrat saya untuk ke sana akhirnya tercapai selepas tertangguh sebelum,” katanya yang akan meneruskan pengajian dalam dunia lakonan di New York Film Academy (NYFA) selama dua bulan.

Selain itu, Adeline juga dalam masa yang sama menyatakan bahawa dia sejak dari awal pembabitan dalam bidang lakonan melalui Hotel Mania, dia mahu fokus dahulu dalam bidang pembelajaran dan akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan pelajarannya di bidang perakaunan terlebih dahulu, tahun lalu.

“Saya belajar ini untuk kepuasan sendiri dan demi ayah. Dahulu saya ingat nak berlakon sahaja. Tetapi saya tak boleh bergantung kepada dunia seni semata-mata. Setidak-tidaknya sebelum saya berkahwin, saya manfaatkan peluang dan masa untuk belajar sekaligus mendaapat kelayakan”

“Sekurang-kurangnya ia jadi jaminan masa hadapan,” jelasnya kepada BH Plus. Semoga perjalanan Adeline dalam bidang pengajian akan dipermudahkan dan apa yang pasti, Adeline bijak merancang masa depannya. (rtky/s)