fbpx

Ibu kepada pelakon Qistina Raisah iaitu Roszana Aminuddin meminta kepada netizen diluar sana agar tidak membandingkan anaknya dengan orang lain.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Roszana seolah sedih dengan apa yang berlaku serta mengatakan orang luar tidak tahu apa yang dia perjuangkan untuk anaknya itu.

BACA: Qistina Raisah Tampil Rambut Pendek, Potongan Tak Sekata Jadi Perhatian

“Tolong jangan bandingkan anakku dengan anak orang lain. Tolong jangan katakan apapun tentang anakku yang kurang dimatamu.

“Aku ibu yang masih terus belajar yang terbaik untuk anakku, aku tidak akan menyerah dan lelah untuk mengusahakan yang terbaik untuk anakku. Jika itu kurang dimatamu maka itu bukan urusanku,” tulisnya,

Sebelum ini, nama pelakon berusia 16 tahun itu menjadi bualan susulan kenyataan yang pernah dikeluarkan olehnya.