Pakai Baju Raya Besar, Bella Astillah Dituduh Malu Tunjuk Perut
Sedang sarat hamil anak kedua, Bella Astillah mengakui lebih selesa mengenakan baju besar atau oversized. Bagaimanapun, fotonya menggayakan baju raya berwarna biru menjadi perhatian apabila ada yang memberi komen negatif.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Bella berkata ada yang menuduhnya sengaja menggayakan baju besar kerana mahu menutup perut yang semakin membesar.
BACA: Bella Astillah, Aliff Aziz Bakal Timang Anak Perempuan
Menurut Bella, dia tidak perlu rasa malu dengan keadaan perutnya kerana berita kehamilannya sudah pun diketahui ramai. Malah, dia juga ada menyimpan gambar ketika sesi fotografi kehamilan namun belum dikongsikan kepada umum.
Bella turut mempersoalkan adakah merupakan satu kewajipan untuk kongsi gambar tunjuk perut dengan berpakaian ketat. Katanya lagi, jika dia berbuat demikian pasti akan dikecam.
Dalam pada itu, Bella berkata kehidupan kita ini ibarat roda dan adalah lebih baik jika kita doakan yang baik-baik sahaja untuk orang lain.
Terdahuulu, Bella mengesahkan dia dan Aliff Aziz sudah pun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah lagi dan turut mengakui sedang hamil anak kedua.
- SUMBER
- Cari Forum
Bila pakai bj ketat…cakap tak tau malu..sian kat baby tersepit dalam tu…bila pakai bj besar..cakap malu nak tunjuk perut.
Yg keja asik komen tu mmg bangang…badigol…sibuk hal org lain..baik ko doakan covid19 pulih.dapat beraya cam biasa tahun depan
X kisah la bju besar ke ape…tahniah.. Dan Selamat Hari Raya utk Bella dan abang aliff yg hensem sgt n sado.. Love uollss.. Semoga dpermudahkn urusan.. Jage abang aliff yg hensem tu.. #kitajagakita #stayathome
Bella ni bagus…selalu bls komen netizen dgn prof baik jer bahasa dia…yelah mak pak dia pun org ygbaik budi bahasa
Dlm pantang nanti…confirm kantoi laki ko berjimba ngan betina lain….see and wait..
Lepas tu drama sama berulang kembali….dah kenal sgt pompuan ni…
Bab ni aku sokong bella. Elok la pakai baju londeh dan besar sikit. Tak senak perut. Budak kt dlm pun bebas bernafas. Hahaha..Yg bertudung pun ada yg pakai sendat mendat, lawa ke?
la.. anak die boy ke… mati2 igt girl sblum nih..sebb rambut pjg rupo tino..
East Malaysia trash ?
Ketat salah, longgar salah..ada je
Suka hati dia lah nak pakai apa yang penting dia selesa & sopan. Jahat jugak netizen ni, apa pun tak kena
bodo nye la buat tajuk cam tu. org mengandung mana blh nk tayang2 baby bump kene jaga aurat juga.. tunjuk perut terbonjol bukan elok pun. buruk !
Aku mengandung dulu pun suka baju besar…selesa…
Bgus nko nie dh tobat ekk… Dulu masa anak prtama nko preggy dh pkai yg ketat kn? Laa nie dh tobat sbb bnyak musibah brlaku dkat nko.. Alhmdulilah hakak vanger dekkk
Bila perut mula besar,kulit pun mula regang, badan pun terasa panas. Bila pakai bj bsr,baru selesa, sejuk dan berangin. Yang ska sgt tgk org ngandung pakai bj ketat kenapa? Mata tu jgn gatal sgt..nafsu tu jaga sikit.
Sebab tu lah orang selalu kata “aib rumah tangga biar kita tau sendiri”