Sekian lama netizen berteka-teki tentang status hubungannya dengan Aliff Aziz, Bella Astillah mengesahkan dia dan bekas suaminya itu sudah pun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah lagi.
Dalam pada itu, Bella turut mengakui dia kini sedang hamil anak kedua. Terbaru, Bella dan Aliff mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan dijangka lahir pada Julai depan.
BACA: Dicaci Rujuk Semula Dengan Aliff Aziz, Bella Astillah Maafkan Netizen
https://www.instagram.com/p/CAIeqZcAXfS/?utm_source=ig_embed
Perkara itu didedahkan menerusi siaran langsung di laman Instagram berikutan Bella tidak berada di sisi suaminya di Singapura berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi video yang dikongsikan, Aliff dikelilingi oleh ahli keluarga termasuklah adiknya, penyanyi Aisyah Aziz, manakala Bella pula bersama dengan Ayden.
Dalam satu entri di Instagram, Aliff turut berkongsikan video ‘gender reveal’ serta mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana sentiasa kuat untuk menempuh segala dugaan lebih-lebih lagi ketika hamil anak kedua mereka.
Pada Mei tahun lalu, pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai selepas Aliff beberapa kali kantoi curang.