Pakai Baju Pengantin, Ruhainies Bakal Berkahwin?
Perkongsian pelakon Ruhainies menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video memaparkan dirinya memakai busana pengantin serba putih.
Lebih mengundang tanda tanya, turut disertakan kapsyen ‘menghitung hari’ seolah memberi bayangan bahawa pelakon itu bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
BACA: Ruhainies Belum Sedia Kahwin, Kekasih Sedia Menunggu
View this post on Instagram
Malah, syarikat produksi video perkahwinan yang tidak asing lagi iaitu CST Production turut berkongsikan video tersebut di Instagram mereka.
Perkongsian Ruhainies itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan selebriti yang meluahkan rasa syukur dan tidak sabar menantikan hari bahagia itu.
Bagaimanapun, setakat ini masih tiada pengesahan lanjut daripada Ruhainies sendiri mengenai perkara itu.
Terdahulu, Ruhainies berkata dia belum sedia untuk berkahwin dan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr. E menghormati keputusannya dan menunggu sehingga dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Dari dulu sampai sekarang macam ni. Ha ha ha…
Acah2 boyfriend exclusive.
Mcm mana nak kawen pkp memanjang ni.
bg chance le ke dia..
angan2 tu free je sis..
Cute la Ruhainies ni..
comeii
Dulu berlakon kayu, sekarang dh okay sikit. Kalau betul dah nak kahwin, tahniah mek. Semoga berbahagia hingga ke syurga
Nora Danish wannabe
pas kawen sedu la awak.. iku jejak hanez suraya, elfira loy, emma membong, fasha, mira filzah, jahloop etc
bykla content masak2 utk somi pasni.. eh tp die reti masak dak? jgn masak nasi gorenggg je mcm bini si piyu tu hahahhh
Kawen time pkp la untung..jimat gittew.
X payah nk buat majlis bagai