fbpx

Pakai Baju Lokap, Da’i Syed Ceria Hadir Ke Mahkamah

Kontroversi terpalit Da’i Syed Shah Iqmal kembali hangat diperkatakan apabila pendakwah selebriti itu ditahan reman semula oleh polis daerah Petaling Jaya pula bermula hari ini.

Hadir ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya tadi, menerusi video dikongsikan oleh mStar Online, Da’i Syed dilihat memakai pakaian lokap kelihatan tenang dan ceria. Malah, sempat menegur pihak media yang hadir.

BACA: Dua Laporan Kes Seksual, Pendakwah Muda Ditahan Polis PJ Pula

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dalam video tersebut, Syed juga sempat mengucapkan terima kasih kerana sudi datang dan sempat bertanya khabar dengan pihak media. Syed juga meminta agar orang ramai mendoakan agar urusannya di permudahkan.

Terdahulu, polis Petaling Jaya memaklumkan menerima dua laporan erhadap suspek dengan salah satu laporan atas dakwaan merogol dan satu lagi atas dakwaan cabul serta seks luar tabii.

Kes rogol dilaporkan oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga merupakan seorang guru sebuah sekolah di Lembah Klang. Kes kedua melibatkan cabul dan seks luar tabii (seks oral) dilaporkan oleh seorang penuntut swasta berusia 22 tahun.