fbpx

Jika sebelum ini lagu Selena Gomez menjadi ‘mangsa’ parodi James Franco, nampaknya kali ini dalam satu video yang lebih serius mutunya — Justin Bieber pula menjadi mangsa.

Dalam video ini, James Franco lip-sync lagu Boyfriend milik Justin Bieber lengkap dengan persalinan klasik penyanyi remaja popular dunia itu dan di’temani oleh seorang aktress, Ashley Benson.

Yang lebih peliknya, James Franco memadam video tersebut tidak lama selepas ianya muncul di internet tetapi terima kasih kepada kepantasan peminat, video ini berjaya di’muat naik semula.

Sehingga kini, masih belum jelas apa motif atau tujuan James Franco merakamkan video parodi ini — sama ada terlalu banyak masa terluang atau sekadar ingin menghiburkan peminat.