fbpx

Padam Gambar Suami, Rumahtangga Natasha Hudson Bermasalah?

Status rumah tangga Natasha Hudson sekali lagi menimbulkan spekulasi apabila pelakon itu memuat naik kenyataan di laman sosial yang seakan memberi bayangan keadaan rumah tangga yang kini sedang bermasalah.

BACA: Natasha Hudson Selamat Nikah Usahawan Kelantan

Terdahulu menerusi Instastory, Natasha menjawab pertanyaan dari rakan mengenai cara untuk menghadapi masalah rumah tangga melibatkan suami yang berlaku curang. Namun jawab Natasha mengejutkan orang ramai.

“Saya terima banyak soalan mengenai perkara ini daripada rakan. Soalannya bagaimana jika suami saya sudah tidak mencintai saya, berlaku curang, mendera mental saya dah perkahwinan ini sudah runtuh”

“Jawapan saya lari, keluar dari situasi itu dan tinggalkan (sebab saya sudah lakukannya) dan saya sangat gembira sekarang. Jangan bazirkan masa yang sangat bermakna, tenaga untuk sesuatu yang tidak berbaloi untuk masa anda”

“Senang, teruskan hidup dan jangan hidup dengan kritikan orang sebab mereka tidak tahu apa yang terjadi disebalik pintu tertutup. Ini adalah kehidupan anda bukan mereka. Saya percaya ini adalah masa yang tepat”

“Saya tidak dilahirkan untuk dapatkan sesuatu yang kekal seperti yang saya mahu. Mungkin bukan sekarang, saya bukan awak. Mungkin nanti dengan orang yang tepat atau dikehidupan lain. Saya tiada masa untuk bersedih”

“Saya hanya ada masa untuk kongsi kegembiraan kepada orang dikeliling saya. Sesiapa yang kenal saya tahu saya sukakan cabaran dan sentiasa mahukan kebahagiaan. Saya hanya berdoa yang terbaik untuk diri saya dan anda,” tulisnya.

Bagaimanapun sehingga kini Natasha masih belum memberikan kenyataan mengenai status rumah tangga dengan suami yang juga seorang ahli perniagaan dari Kelantan itu. Diharap semua dapat diselesaikan dengan baik. (rtky/w)