fbpx

“Pada Usia Saya Memang Ada Risiko Bila Hamil”

Menganggap keguguran yang dialaminya sebelum ini kerana belum rezeki, Fasha Sandha menepis dakwaan sesetengah pihak mengatakan tindakan beliau mengumumkan kehamilan terlalu awal merupakan punca keguguran.

BACA: Hamil Enam Minggu, Fasha Sandha Keguguran

“Sebenarnya ia bergantung pada nasib dan rezeki seseorang itu sebab sebelum ini saya hamil Raysha, saya ada umum juga ketika kandungan di peringkat awal. Ada orang hamil lima bulan pun boleh mengalami keguguran”

“Semuanya adalah rezeki. Tak ada pun orang mengatakan kalau umum hamil awal nanti ada sesuatu tidak baik berlaku. Tapi saya tak kisah apa orang nak kata. Ikut pada mereka yang ingin menilai sebab semuanya berbalik kepada soal rezeki”

Tambah Fasha, di usia yang sudah lanjut dan masih diberikan rezeki untuk hamil pasti mempunyai risiko tersendiri. Pun begitu, Fasha mengambil pengajaran daripada kegagalan dulu agar lebih banyakkan berehat ketika hamil.

“Di usia ini memang mempunyai risiko untuk hamil tapi apa yang dapat saya belajar selepas ini supaya tidak terlalu aktif. Jika hamil lagi, saya tak boleh lakukan banyak aktiviti sehingga tidak sedar diri sedang mengandung,” jelasnya. (rtky/w)