fbpx

PA Ebit Lew Jawab Tuduhan Caprice, Nafi Ustaz Cium Kaki Menteri Gaza

Sejak semalam hangat diperkatakan kontroversi mengenai penyanyi rap Caprice memepersoalkan tingkah laku pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ketika misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.

Perkara itu sekaligus menimbulkan konflik apabila Caprice mendedahkan akaun Instagramnya disekat oleh Ebit selepas memberi teguran secara peribadi.

BACA: Beri Teguran Isu Gaza, Caprice Kena Block Dengan Ebit Lew?

Caprice turut memaklumkan orang Gaza kurang senang melihat gambar dikongsikan Ustaz Ebit Lew hanya memberi fokus pada orang dan kanak-kanak miskin.

Malah, perkara yang dibangkitkan oleh Caprice adalah gambar memberi mainan kepada kanak-kanak yang dikatakan kurang disenangni orang Gaza apabila dilihat seperti Photoshoot.

Tidak hanya berdiam diri, pembantu peribadi (PA) kepada Ebit LEW iaitu Arief Farhan tampil menjawab segala tohmahan dan tuduhan Caprice itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arief Farhan (@arieffarhanz)

Menerusi perkongsian di Instagram, Arief berkata jika benar Ebit Lew ada membuat hal di Gaza mengapa kerajaan Palestine Gaza memberi anugerah duta muhibbah Palestine kepada Ebit Lew dan pasukannya.

Tambahnya lagi, jika benar hubungan Ebit Lew dan kerajaan Pelestin keruh mengapa Menteri Luar Palestin memberi surat ucapan pemergiaan bapanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Arief turut menafikan dakwaan Ebit Lew perlu melutut dan mencium kaki menteri di Gaza untuk keluar dari sana.

Tegas Arief lagi, perkara itu langsung tidak berlaku dan akan mendedahkan sendiri. Ujarnya dia sudah pun menghubungi Ebit sendiri dan pendakwah itu menafikan tuduhan tersebut.

Dakwa Arief lagi, Caprice seolah sengaja mereka cerita dan semata-mata mahu masuk ke Gaza. Menceritakan situasi sebenar, bukan mudah untuk memasuki negara berkenaan.

Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir, pasukan UEL merupakan team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk ke Gaza selepas perang baru-baru ini.

“Ada lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia terkandas di Mesir dan perlu menunggu masa untuk dibenarkan memasuki Gaza,” katanya.

Difahamkan, Caprice akan membuat Instagram Live pada 21 Julai ini bagi membongkar hal sebenar. Apa pun sama-sama kita nantikan.