fbpx

Ozlynn Sahkan Hamil Anak Kelima

Tahniah diucapkan kepada Ozlyn dan Johan Rajalawak yang bakal menimang cahaya mata kelima selepas isteri disahkan hamil. Jelasnya kandungan itu sudah berusia lima bulan dan hanya menyedarinya ketika menyertai pertandingan Super Spontan Superstar (SSS) 2017.

BACA: “Tiada Siapa Berani Dekati Suami Saya”

“Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah S.W.T. dikurniakan rezeki yang tidak ternilai ini. Kandungan saya kini sudah hampir lima bulan pun dan dijangka bersalin pada penghujung bulan Mei atau Jun 2018″

Kalau masih ingat baru-baru ini juga memang ada video Ozlynn yang dikongsikan di media sosial, menampakkan baby bump serta beberapa insiden Johan tersasul bercakap mengenainya. Rupanya Ozlynn merahsiakan dulu bagi memastikan kandungan betul-betul stabil.

“Ya, saya tahu mengenai video ‘baby bump’ saya diviralkan, tapi kawan-kawan yang bagi. Namun saya tidak memberi kenyataan kerana tidak mahu menghebohkan perkara tersebut sehinggalah kandungan saya betul-betul stabil,” katanya kepada Astro Awani.

Apapun tahniah sekali lagi buat pasangan ini, makin meriahlah keluarga Johan nanti. Semoga Ozlyn juga diberikan kesihatan yang baik selama membawa kandungan bayi. Nanti kongsi-kongsilah jantina bayi comel itu! (rtky/w)