fbpx

Osman Kering Kini Kritikal Di Hospital

UPDATE-2 (11:55PM) Isteri Osman Kering,Puan Che Norhayati Che Omar,48 mengakui akibat berada di’dalam keadaan panik, anak perempuan mereka, Eiby, 16 tersilap membuat kenyataan kepada pihak media tentang status kesihatan ayahnya.

Jadi kita tidak boleh salahkan sesiapa dalam situasi begini. Anda boleh melihat kenyataan dari isterinya itu di Melodi TV3 Ahad, 17 Jun 2012 nanti sebagai bukti.

Dalam pada itu,keadaan Osman Kering masih kritikal akibat paru-paru bocor dan darah yg tersumbat & kini bergantung pada life support machine. Mari kita doakan agar semua selamat. – Zuan Melodi

UPDATE-1 (8:54PM) Perkhabaran terkini yang kami terima daripada anak perempuan Osman Kering mengatakan bapa beliau kini sedang kritikal di HUKM.

Maklumat awal yang datang daripada anak lelaki merupakan salah faham. Doakan yang terbaik untuk Osman Kering.

8:15PM : Kami baru sahaja menerima pengesahan daripada beberapa orang terdekat yang pelawak juga pelakon veteran Osman Kering sudah meninggal dunia awal malam ini.

Menurut anak lelaki Osman Kering, bapa beliau meninggal dunia sekitar jam 7.00 malam tadi & jenazah allahyarham kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Maklumat awal mengatakan Osman Kering meninggal dunia akibat penyakit batuk kering. Sebarang perkembangan lanjut akan kami sampaikan secepat mungkin.