fbpx

Osbon Pemenang Tempat Pertama Maharaja Lawak Mega, Bawa Pulang RM350,000

Memang meriah suasana Stadium Melawati Shah Alam malam tadi dengan persembahan terakhir Maharaja Lawak Mega (MLM).

Osbon yang sememangnya salah satu peserta favourite sepanjang masa terpilih sebagai pemenang Maharaja Lawak Mega 2011.

Kumpulan yang di’anggotai oleh Os dan Abon ini berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000 selain trofi kemenangan tajaan Astro.

Tempat kedua di’menangi oleh kumpulan Boboi dengan hadiah wang tunai RM250,000 beserta trofi. Ramai sebenarnya jangkakan kemenangan mutlak malam ini milik Boboi tetapi tuah nyata menyebelahi kumpulan Osbon.

Kumpulan dari Indonesia, Saehu membawa pulang wang tunai RM150,000 & trofi. Wakil SIngapura, Syok berpuas hati dengan RM50,000 & trofi selepas hanya layak menduduki tempat keempat. 

Tahniah kepada semua peserta daripada kami di Rotikaya HQ dan harapnya kumpulan yang ada dalam Maharaja Lawak Mega 2011 ini tidak berkubur begitu sahaja. Kami masih perlukan anda. Peace y’all!