fbpx

Kecewa kerana Kylie Minogue sah tidak dapat mengadakan konsert seperti di’jadual? Berita baik untuk anda yang masih mahu hadiri kemeriahan Formula 1 di KLCC.

Walaupun pihak pengajur yang berpusat di London, Enterprise Entertainment Ltd telah batalkan konsert, Jojo Events Sdn Bhd kini tampil sebagai penyelamat.

Walaupun tidak berjaya membawa masuk Kylie Minogue, sebagai ganti’nya pemain gitar utama untuk Michael Jackson sempena konsert jelajah This Is It, Orianthi telah mengesahkan kehadiran beliau untuk menghiburkan para peminat di Malaysia.

Kelis yang akan meneruskan persembahan beliau untuk rakyat Malaysia akan di’sertai oleh Nicole Scherzinger & sebuah kumpulan pop dari Korea Selatan yang masih belum di’umumkan untuk hari Sabtu. 

Konsert F1 Rocks 2012 kini telah di’jenamakan semula sebagai Twin Towers @ Live 2012 dan di’anjurkan oleh Jojo Events Sdn Bhd. Lebih baik dari pakej persembahan asal bukan? Heh.