fbpx

“Orang Terdekat Dengan Saya Ambil RM200,000 Tu”

Enggan mengulas lanjut mengenai kes kehilangan wang pelaburan lebih RM200,000 membabitkan bekas suaminya, Ariff Aziz, Datuk A Aida hanya memberikan bayangan bahawa individu terbabit merupakan seseorang yang pernah rapat dengannya sebelum ini.

BACA: Bekas Suami A.Aida Suspek Utama Kes RM200,000 Hilang

“Biarlah polis buat kerja mereka. Saya tak nak mengganggu siasatan. Cukup saya katakan, individu itu adalah yang pernah dekat dengan saya sebelum ini. Sebaik pulang ke tanah air, saya terus buat pemeriksaan”

“Saya mendapati terdapat dua kali transaksi ke satu akaun. Saya pelik kerana transaksi dibuat pada waktu subuh. Tapi, saya tak kecoh lagi sebab tak nak peningkan kepala. Jadi, saya diamkan saja”

“Ketika itu saya dalam proses nak failkan perceraian. Dalam masa sama, saya mahu individu itu diambil tindakan undang-undang supaya ia menjadi pengajaran kepada semua. Kenapa nak kena mencuri? Kenapa tak minta?”

“Apa pun, saya berharap pihak polis cepat ambil tindakan. Saya difahamkan, individu itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan,” jelasnya mengenai isu kehilangan duit.

Menurut Aida, beliau mendapat tahu mengenai perkara ini pada 25 Mac lalu ketika bercuti di Mesir. Jelas Aida, individu terbabit telah membuat dua kali transaksi, pada jam 5.44 pagi dan 5.46 pagi di rumahnya di Ampang.

Terdahulu Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai tahun lalu dan bercerai pada 25 April lalu selepas sembilan bulan mendirikan rumah tangga. Ketika ini Ariff menjadi suspek utama dalam kes kehilangan wang itu. (rtky/w)