Bekas Suami A.Aida Suspek Utama Kes RM200,000 Hilang
Baru-baru ini, produser terkenal Datuk A.Aida mendedahkan beliau mengalami kerugian sebanyak RM200,000 akibat kes curi. Menurut satu sumber, kes tersebut melibatkan individu yang rapat dengannya.
Susulan laporan polis yang dibuat pada 21 Jun lalu, segala persoalan bakal terjawab apabila bekas suaminya, pelakon Ariff Aziz dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan.
BACA: RM200,000 Lesap, A.Aida Buat Laporan Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya berjaya menjejaki Ariff Aziz Selasa lalu dan mengesahkan pelakon itu merupakan suspek utama kes berkenaan.
“Suspek adalah bekas suami A. Aida sendiri. Bagaimanapun, pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya.
“Kami rampas telefon bimbit suspek untuk mendapatkan maklumat seterusnya terutama berkaitan transaksi yang dibuat,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, pihak polis memberitahu mereka memerlukan sedikit masa lagi bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum pendakwaan dibuat.
Terdahulu, dalam laporan polis yang dibuat, A.Aida menamakan individu terdekat dengannya telah membuat dua transaksi pindahan pelaburan ke akaun tidak dikenali.
Dalam laporan menyebut hanya individu itu sahaja mempunyai segala butiran peribadi penerbit itu untuk tujuan tersebut.
- SUMBER
- mStar Online
Pesanan org2 bijak pandai, data peribadi n account peribadi jgn sesekali kongsi dgn sesiapa walaupun kau syg org tu setengah mati, dlm dunia ni tiada siapa yg amanah, kerusi/meja, dinding pun ada mata n telinga. Berhati2 lh. Bila kita sakit hilang ingatan atau mati pandai2lh org yg hidup nk dptkn duit kita itu. Jagalh hati n perasaan diri sendiri. Bkn masalah lokek tapi masalah hati yg tidak amanah. Hati mmg hitam.
saya pun tahu data suami punya akaun, kalau nk transfer boleh je ke akaun aku, tpi kejujuran itu amat bsr maknenya jika nak tenteram dn selamat hidup. Yg penting negara kita ada undang2kan..semua mandatori dh di setkan apa bentuk kesalahan..hati-hatilah..
rupa paras kan penting…..terima je la nekkk.
Dalam phone dia ada gbar atau video yang ehemmm…ehemmm tak? Tanya je…hehehe… Terlalu banyak kes handphone video leaked.
Mcm kes pak menteri tu ke?