Sejak penularan wabak COVID-19 di Malaysia, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew antara individu yang tidak berhenti menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada petugas barisan hadapan serta mereka yang memerlukan.

Malah, perkongsiannya di media sosial tidak pernah lekang dengan sikap pemurahnya dalam membantu golongan yang sedang kesempitan. Bantuan yangnya sememangnya tidak dapat dibalas, hanya ucapan terima kasih dan doa yang sering berikan oleh rata-rata netizen.

BACA: Shuib Hulur Bantuan Untuk Kerja Amal Ustaz Ebit Lew

Menerusi perkongsian terbarunya di Facebook, Ustaz Ebit berkongsikan kisah hidupnya yang sebelum ini susah sehinggakan dia sering tidur di masjid. Ustaz Ebit turut menceritakan mengenai penat lelah yang dihadapi sepanjang melakukan dakwah dan membantu golongan susah.

Ustaz Ebit meluahkan rasa syukur perniagannya dimurahkan rezeki sehingga dapat membuat 3 buah cawangan. Ujarnya, dia kini mempunyai 56 orang kakitangan dan semuanya cuti bergaji meskipun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ustaz Ebit mengatakan, dia mula menjinakkan diri dalam kerja khidmat masyarakat seawal usia 12 tahun dan melakukan kerja dakwah. Ujarnya, cita-citanya semenjak dari kecil adalah mahu belajar akhlah Nabi SAW dan mahu menyambung usaha Nabi SAW.

Ustaz Ebit mengakui saat COVID-19 menular di negara kita benar-benar membuatkan dia sebak dan risau. Katanya lagi, waktu inilah dia mahu menggunakan sebanyak mungkin rezeki dan tenaga yang diberikan Allah kerana baginya dirinya, harta dan masa adalah milik Allah.

Perkongsian Ebit itu membuatkan ramai dalam kalangan warganet tersentuh hati dan sebak. Tidak kurang juga, ramai yang mendoakan kesihatan Ebit Lew dan menyokong usahanya membantu golongan memerlukan.