Pernah dikaitkan dengan skandal Aliff Aziz sebelum ini, Oktavia Manrose menepis dakwaan netizen yang menganggap beliau penganggu rumah tangga orang. Dedah Oktovia, ramai suami orang sebelum ini ingin menjadikan beliau sebagai kekasih gelap, namun ditolaknya.
BACA: Individu Dakwa Nampak Aliff Aziz, Octovia Berpegangan Tangan?
“Sejujurnya pengalaman pedih itu suatu pengajaran, saya lebih berhati-hati. Kepada yang suka berburuk sangka, hentikanlah! Kalau masih ada yang fikir saya pemburu cinta suami orang, tolonglah. Saya bukan begitu”
“Sebelum ini orang tak tahu saya pernah menolak harapan lelaki-lelaki dalam kalangan suami orang. Ada yang nak menjadikan saya kekasih dalam diam. Saya menolak, memang tak mahu. Saya bukan perampas suami orang”
Memagang status janda anak satu, Oktovia mendakwa ramai pihak cuba menambah api dalam bara ketika kontroversinya dengan Aliff dengan menokok tambah cerita hinggakan beliau trauma berdepan dengan kontroversi terbabit.
“Lebih mengejutkan apabila kita berdiam, ada pula menambah cerita, memfitnah dan berburuk sangka. Macamlah saya ni tak ada perasaan. Orang tak tahu kesan berdepan masalah saya tak boleh tidur malam dan tak lalu makan,” katanya.
Terdahulu industri hiburan kecoh apabila Oktovia dikaitkan menjadi perosak rumah tangga Aliff dan Bella Astillah apabila ada individu melihat mereka berpegangan tangan sebelum pasangan itu bercerai selepas itu. (rtky/w)