Individu Dakwa Nampak Aliff Aziz, Octovia Berpegangan Tangan?
Beberapa hari lalu reda seketika kontroversi panas melibatkan Aliff Aziz dan Octovia Manrose selepas kedua mereka membuat permohonan maaf. Octovia mengakui apa yang berlaku adalah salah dan tidak sepatutnya keluar dengan suami orang. Aliff juga memohon maaf di atas semua yang terjadi adalah salahnya serta dirinya menjadi punca pada semuanya.
Namun semalam, timbul satu lagi cerita apabila ada seorang individu mendakwa ternampak kelibat Aliff dan Octovia di sebuah pasaraya. Individu tersebut yang memuat naik status di laman Facebook mendakwa kedua-dua mereka berjalan sambil berpegangan tangan.
BACA: “Isteri Dah Lalui Macam-Macam, Saya Rasa Sangat Bersalah”
Meskipun tidak menulis nama ‘sebenar’ artis tersebut, namun rata-rata netizen seolah mengetahui bahawa status itu ditujukan kepada kedua artis berkenaan.
Dalam pada itu, netizen lain turut bertanyakan kepada individu berkenaan sama ada dia sempat atau tidak mengambil gambar mengenai dakwaannya itu, namun individu itu mengatakan dia tidak sempat berbuat demikian.
“Tak sempat tangkap gambar, benda depan mata. Tangkap gambar depan-depan nanti kena saman pulak. Sis is tak tahan. Buat macam tak ada apa-apa yang berlaku je. Si sotong tu pulak kemain dah mintak maaf kat media kan. Rupanyaa lakonan semata-mata,” ujarnya.
Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan beberapa perbualan bersama salah seorang peminat yang terserempak dengan Aliff Aziz dan pelakon perempuan bernama Oktovia Manrose di sebuah kelab hiburan.
Malah, Bella mendakwa mempunyai tiga buah video menunjukkan suaminya keluar ke sebuah pusat hiburan bersama Oktovia Manrose.
- SUMBER
- kopi planet
berpegangan tgn tu bila, selepas minta maaf ye, jika buat hal lagi, mmg sah lah, aliff dilamun cinta dan si octopus pun sama di lamun cinta. Jika bnar, fikirlah pjg2 bella. Jgn jadi gila hanya kerana org lain.
Laaa.. x sudah lg ke.. x kisah la pegang tgn tu b4 or after mintak maaf.. kan bella dah ckp dia maafkn semuanye.. bella hny nak kan kejujuran dr semua pihak kan.. hahahhahaha.. yg lain2 ni yg lebih2 dah kenapa.. biar je lah diorg selesaikn.. jgn marah.. hehehehe..
Aliff dah tawar hati mcm ude juga dulu… belakang bini bercinta dgn janda juga… akhir sekali jandakan bini… sebab retis cantik… lihat saja cara oktovia bela aliff di ig… dia pun x nak jumpa bella mcm izreen dulu….
xde gambar namenya fitnah, cakap guna air liur je x guna, silap hari bulan kena saman fitnah.
ya allah sis..awak pakai serkop kepala sis..boleh lg nk membawang..lantak diaorng la sis..awak sebar berita tak takut dosa sis..tapi lantak ko la sis..tu antara ko ngan retis2 tu.
Tkleh caya 100% gk.kdg netizen ni boleh je nk mereka cite.byk yg psiko.kalu tkde bukti memang anggap je rekaan.aku tk rasa dua eko tu bodoh nk pegg tgn kat pasaraya tmpat public dh tau isu dia tgh panas.lainla terserempak kat tmpat2 sembunyi
Bella…. Please upload the 3 videos… Skuad bawang… Get your popcorn ready….
Patutla kapal kau selam…selam ke tenggelam? Kepo popcorn bagai corndog tak nak ngan coke?
Corndog & coke…. pun boleeehhh !!!! Hehehe…
Enjoy the movie… :)
Kalau x betul tu dah satu fitnah, fitnah adalh sejahat2 perangai tau tak…kalo betul ksian istri Aliff kena curangi lagi..be strong..
Cctv giant kn ada..
Squad bella do your job now…
Islam izinkan poligami maka Aliff Aziz ada tempat kosong untuk Isteri ada 3 lagi. Kalau dah cintan cintun, nikah jer lah? Halalkan hubungan kasih sayang mereka dan biar Bella dapat payung emas kan? Ahaks
Nikah utk elak dosa mmg senang. Tp lps dah bernikah pikul plk tgjawab baru. Anak makin ramai. Anak dgn yg pertama dah xbagi nafkah..terabai..cari pasal plk nk tambah anak lain..tgjawab xlaksana
@neutron Yg betul nye laki2 jenis camni jgn membiak sis. Kau nk bg dia nikah 4 oraaaang??? Wadefak.
Status ni dibuat minggu lepas kot.. Asal baru la ni korang nak sibuk viralkan? Pastu si Aliff kata ini fitnah sebab dua hari ni dia kat Singapore.. Memang lah dah bnda ni jadi minggu lepas.. Apo?