“Orang Tahu Memang Saya Seksi Di Luar, Tapi Seksi Dalam Drama Masih Ada Batas”
Sebut saja nama Scha Elinnea, pasti ramai tahu pelakon berusia 22 tahun itu sememangnya sangat sinonim dengan imej seksi.
Memetik Harian Metro, Scha berkata dia masih menjaga batas walaupun akan tampil seksi untuk watak pelayan khidmat pelanggan (GRO) dalam drama berjudul Kerana Aku Isteri Bidaan yang akan disiarkan di TV3 bermula 16 Mei depan.
BACA: Hidap Skizofrenia, Scha Elinnea Perlukan Teman Untuk Tidur
Bersikap terbuka dan bersedia menerima kecaman netizen terhadap imejnya dalam tersebut, Scha berkata dia menjalankan tanggungjawab kerjanya sebagai pelakon.
“Saya tahu kebanyakan orang memang tahu saya seksi di luar. Tapi, sejauh mana keberanian saya tampil seksi melakonkan watak Raina dalam drama Kerana Aku Isteri Bidaan masih ada batasnya.
“Jika orang nak kecam nanti, saya tak boleh nak halang sebab apa yang ditunjukkan itu bersangkut paut dengan tanggungjawab kerja saya sebagai pelakon yang membawakan watak Raina sebagai GRO dan kerja di kelab malam,” katanya.
Berkongsi mengenai watak yang dibawanya itu, Scha berkata dia perlu bermain banyak emosi dan merupakan cabaran besar buatnya.
Ditanya mengenai kesihatan mentalnya yang dilaporkan mengalami gangguan kronik, Scha berkata keadaan masih terkawal dan dia bergantung dengan ubat-ubatan.
“Tahap kesihatan mental saya sekarang dalam keadaan baik walaupun masih bergantung dengan ubat-ubatan. Malah, saya juga sudah tidak perlu berjumpa pakar psikiatri setiap minggu sebagaimana sebelum ini.
“Saya bersyukur dapat menjaga kesihatan dengan lebih baik sekarang. Apatah lagi, sesi rawatan dengan pakar masih dilakukan dan yang pasti, alhamdulillah semuanya dalam keadaan terkawal,” katanya.
Terdahulu, Scha mendedahkan dia penghidap penyakit berkaitan mental dan insomnia teruk serta turut berdepan masalah sukar untuk tidur pada waktu malam.
- SUMBER
- Harian Metro
Aku mati² ingt bapok indon silucinta!!! Muka lebih Kuang seeeyyy!! Adehhhh…
seksi tak semestinye masuk neraka dan pakai tudung tak semestinye masuk syurga. apa apa pun hal dosa pahala syurga neraka hanya tuhan yag tahu.
Sexy x masuk neraka ko ni mmg confirm ahli neraka sbb ko ingat neraka tu pak ko yg buat eh?!! Neraka tu Allah yg punya dan Allah dah tetapkan org perangai mcm mana yg akan hidup kekal kt dlm tu! Ko x payah sembang psl syurga sbb Allah dah bgtau dlm Quran org yg berangan nk masuk syurga xkan bau wangi syurga pun. Nk masuk syurga kena ikut perintah Allah bukan ikut hawa nafsu ko sesuka hati nk buat apa!!!
msian no 3 dlm dunia yg banyak tengok porn…pelakon2 pulak semua gaya nak ala2 pornstar
kesian dia sepatutnya jgn ambil berlakon dulu tensngkan dulu perasaannya
Menutup aurat tu wajib..bkn sunat,harus atau pape laa…jdi klau x smpat bertaubat msuk la neraka selagi mana tak de dosa syirikkan Allah boleh la msuk syurga lpas tu,Tapi……!!!! Nk tunggu brape lama tu tak tahu laaaa nak oiiii satu hari dalam neraka lamanya seperti 1k tahun di dunia,badan kita ni dibesarkan ad kata besar nabi Adam A.s semasa diciptakan untuk bgi “feeling”kesakitan tu dan lain2 lagi la…jadi… “sanggup ke”nk tayang aurat tu?????