fbpx

Hidap Skizofrenia, Scha Elinnea Perlukan Teman Untuk Tidur

Menghidap penyakit berkaitan mental dan insomnia teruk, pelakon Scha Elinnea turut berdepan masalah sukar untuk tidur pada waktu malam.

Menurut pelakon berusia 21 tahun itu keadaannya akan menjadi lebih buruk jika bersendirian dan rasa takut sehingga dia memerlukan teman untuk tidur.

BACA: Scha Elinnea Padam Gambar Seksi, Mahu Jadi Lebih Baik

“Saya memang tak boleh duduk seorang, sampaikan nak tidur pun tak boleh, timbul perasaan takut dan rasa tak selesa… pernah kejadian saya seorang diri, dalam pukul 8 pagi barulah saya dapat tidur.

“Bukan sebab takut hantu tapi memang tak boleh nak tidur kalau seorang diri. Jadi saya bawa kawan baik atau pembantu peribadi untuk temankan saya tidur dan menemani saya ke mana sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, ada yang mencadangkan untuk dia berkahwin namun dia belum bersedia lagi kerana mahu fokus dengan kerjaya terlebih dahulu.

“Kalau ramai orang sangat pun saya jadi nervous! Mungkin ada yang bagi idea untuk saya cari teman hidup dengan berkahwin, tapi rasanya buat masa ini saya nak bina nama dalam industri, mahu balas jasa keluarga dulu baru kahwin,” katanya.

Kata Scha lagi, dia menghidap anxiety sejak sekolah lagi namun keadaan menjadi semakin teruk sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sejak itu saya mula sedar kesihatan mental juga perlu diberi perhatian dan sebab itulah saya terbuka bercerita supaya mereka yang menderita berpeluang untuk berkongsi tentang penyakit ini,” katanya.