Pelakon Haneesya Hanee berkata dia kini mahu dikenali sebagai Sharifah Haneesya yang juga nama sebenarnya selepas mengambil nasihat ibunya.
Memetik Xtra, Haneesya merasakan ia sebagai satu petunjuk daripada Allah serta petanda untuk memulakan fasa baru dalam dunia seni selepas berdepan isu panas sebelum ini.
BACA: Nak Buka Buku Baru, Haneesya Hanee Kini Dikenali Sebagai Sharifah Haneesya
“Ibu cadangkan saya kembali gunakan nama Sharifah. Katanya ada nama yang mungkin tak sesuai untuk kita.
“Walaupun pada awalnya saya ragu sebab orang dah kenal saya sebagai Haneesya Hanee, tapi bila cadangan itu keluar dari mulut ibu sendiri, saya percaya ia adalah isyarat daripada Allah,” katanya.
Menurut Haneesya, dia turut berdoa serta memohon petunjuk Allah dan sebaik saja menggunakan nama asalnya dia merasakan seolah dilahirkan semula.
Kata Haneesya lagi, pada dia memilih nama Haneesya Hanee sebelum ini kerana tidak mahu dikaitkan dengan bapanya yang tidak membesarkan dirinya.
“Sharifah datang daripada keluarga sebelah ayah. Tapi saya enggan dikaitkan dengan dia sebab dia tak pernah besarkan saya. Sebab itu saya gunakan nama Haneesya Hanee yang diberi ibu.
“Tapi orang nampak Haneesya Hanee sebagai gadis yang liar, penuh dosa, seolah ditakdirkan masuk neraka. Apa saja kebaikan yang saya buat, jarang orang peduli.
“Itu sebab saya putuskan untuk kembali pada nama sebenar. Itu nama yang Allah titipkan melalui ibu bapa saya. Sekarang saya hanya nak dikenali pelakon dengan nama yang bersih, supaya orang fokus pada bakat, bukan masa lalu,” katanya.
Sumber: Xtra