“Orang Kata Saya Tua, Ya Memang Saya Dah Tua” – Che Ta
Tular video di media sosial memaparkan solekan di wajahnya yang menampakkan semakin berusia, pelakon Rozita Che Wan mengakui dia memang sudah tua.
Memetik Harian Metro, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata dia berpegang pada prinsip tidak menggunakan botoks untuk kekal muda.
BACA: Takut Jadi Nyanyuk, Che Ta Amal Baca Surah Yasin Selepas Solat Subuh
“Orang kata saya tua, ya saya memang sudah tua. Saya tiada masalah mengenai perkara itu kerana walaupun sudah berusia tetapi ada juga yang baru 30-an namun sudah nampak tua”.
“Setiap orang akan tua, jadi lebih baik saya meniti hari tua dengan proses semula jadi. Tidak perlu menyuntik botoks dan sebagainya. Bukan apa, setiap manusia akan tiba ajalnya, saya tidak mahu tubuh tidak diterima tanah pula,” katanya.
Menurut Che Ta, dia selesa dengan rupa parasnya yang semula jadi dan tidak mahu merosakkan buah pinggang dengan melakukan trend menyuntuk vitamin semata-mata untuk putihkan kulit.
“Pastinya saya mengetahui hukum hakam dan lebih selesa dengan paras rupa semula jadi begini. Malah, saya juga turut meminta pendapat Zain (suami) mengenai perkara ini.
“Nasihatnya, mana lebih perlu dititik beratkan? kecantikan atau kesihatan? Saya tidak mahu buah pinggang rosak akibat menyuntik vitamin bagi memutihkan kulit dan sebagainya,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Relax la. Suma org akn tua. Yg pnting ksihatan tu kne tip top, bru mnyerlah kcntikan dr dlm
bijak cik ta. cantik semulajadi dipilih utk kesihatan. Kerana mati itu pasti.. keep it up cik ta & hang memang lawa nahhhh + baju letopppp habiss..
Syabas cheta. Cheta mengambil pendekatan yg baik tidak mahu guna botox krn tidak mahu buah pinggang jd rosak dan menerima proses penuaan secara semula jadi. Pendekatan sebegini adalah sama dgn pendekatan 21.7 juta wanita dimesia yg tidak guna botox dgn membenarkan wajah mrk berubah menjadi tua. Cheta sama ngan mereka.
Peduli apa kata2 org che ta. saya suka tengok Che ta, penampilan yg anggun, tapi mungkin kalau che ta tidak menggunakan bedak muka, mungkin garis2 muka tah nampak, begitu juga saya kalau saya pakai bedak muka memang banyak nampak garis2 tua pada muka saya. Tapi air muka Che tah masih muda dan menawan itu yg sangat penting.
Menyampah betul tgk muka bengkak cucuk botox…terutama bawah mata…
Buka baby dan kanak2 pun bawah mata ada lekuk sikit, ni muka pompuan2 tua bangka cucuk botox muka jadi bengkak mcm kena sengat tebuan.
Pipi dagu bengkak lain macam…lepas tu hujung bibir melondeh…lagi nampak buruk.