fbpx

Takut Jadi Nyanyuk, Che Ta Amal Baca Surah Yasin Selepas Solat Subuh

Pelakon Rozita Che Wan menerima hakikat bahawa usianya sudah menghampiri separuh abad dan berlapang dada apabil ada netizen mengatakan wajahnya semakin berusia.

Memetik mStar Online, Che Ta berkata dia mengakui dirinya sudah tua namun dia masih mampu untuk bekerja lagi.

BACA: Netizen Tegur Che Ta Nampak Makin Berusia 

“Orang kata saya tua, ya saya memang sudah tua. Tiada masalah mengenai perkara itu kerana meskipun sudah berusia tapi saya masih mampu untuk bekerja dan uruskan banyak perkara.

“Berkedut itu memang ada dan pada saya golongan muda juga berkedut di wajah tetapi sehingga sekarang saya masih tiada uban,” katanya.

Tidak kisah dengan penuaan kerana ia adalah lumrah sebagai manusia, bagaimanapun Che Ta akui bimbang akan menjadi nyanyuk dan disebabkan itu dia sering amalkan baca surah Yasin.

“Saya pilih untuk tua dalam keadaan sihat berbanding cantik tetapi sakit. Apa yang saya takutkan adalah menjadi nyanyuk tetapi Insya-Allah perkara itu boleh diatasi sekiranya kita mengamalkan bacaan surah Yasin setiap kali selepas solat Subuh,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta mengakui penampilannya masih belum sempurna serta turut meluahkan hasratnya untuk menutup aurat dengan lebih baik.

“Apabila sudah berusia ini, saya ingin menutup aurat dengan lebih baik. Ya memang sekarang sudah tutup aurat namun belum lengkap.

“Kalau boleh saya nak pakai stoking tangan dan kaki kerana dua benda itu memang saya nak buat. Bila kita asyik kejar dunia, lambatlah nak sampai ke akhirat,” katanya.