fbpx

“Orang Kata Saya Pilih Mak, Korbankan Isteri Dan Anak”

Dek kerana terlalu banyak spekulasi timbul berkenaan penceraiannya dengan Mawar Karim, Fizo Omar tampil menafikan punca penceraian berlaku kerana campur tangan dari keluarga dan gelarannya sebagai anak emak.

BACA: “Ibu Bapa Jangan Campur Rumah Tangga Anak Menantu”

“Saya mendapat respon mengatakan saya anak emak dan bercerai disebabkan oleh ibu. Saya menafikan kerana ia tidak benar. Persepsi orang saya memilih ibu dan mengorbankan isteri anak namun bukan itu yang berlaku”

Menurut Fizo, punca penceraian diantara mereka hanya mereka sahaja yang tahu dan tindakannya untuk terus berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi situasi mereka yang baru lepas bercerai.

“Saya ada jawapan sendiri dan Mawar tahu mengenainya. Atas sebab itu kami bercerai secara baik. Saya memilih untuk diam kerana tiada apa untuk diceritakan. Tiada keburukan Mawar untuk dijaja dan terlalu banyak kebaikan dia”

“Jujurnya saya terkejut apabila netizen membuat spekulasi mengatakan berlaku pergaduhan antara keluarga, namun sebenarnya kami baik-baik saja. Ramai yang memaksa saya bercerita untuk menjelaskan keadaan sebenar”

“Dan apabila saya memilih untuk berdiam diri, mereka kata saya yang bersalah. Tak apalah saya baik-baik saja, cuma ia mungkin memberi kesan kepada keluarga saya,” jelasnya kepada Media Hiburan.

Terdahulu pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam. Namun pada 10 Julai lalu pasangan ini disahkan bercerai dengan talak satu. (rtky/w)