fbpx

“Ibu Bapa Jangan Campur Rumah Tangga Anak Menantu”

Berita perceraian pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim ternyata mengejutkan ramai pihak serta peminat. Malah ramai tidak menyangka mahligai perkahwinan yang dibina selama enam tahun itu akan berakhir.

Kisah perceraian Fizo dan Mawar mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tampil memberikan pandangan mereka mengenai isu keretakan rumah tangga pasangan tersebut yang kini tular di media sosial.

BACA: “Saya Masih Sayangkan Mawar, Terima Kasih Jadi Ibu Terbaik”

Menerusi satu perkongsian, seorang netizen mengatakan kes perceraian Fizo ini berbeza dengan yang lain. Menurutnya, Fizo seolah tidak mampu melepaskan Mawar dan jauh di suduh hati pasangan ini masih menyimpan rasa sayang satu sama lain.

Katanya lagi, dalam satu posting Mawar bersetuju dengan komen salah seorang pengikut tentang campur tangan keluarga menjadi punca keretakan dalam rumah tangga.

Diakhir perkongsian tersebut, netizen itu berharap agar ibu bapa dan keluarga tidak masuk campur dalam urusan rumahtangga anak menantu. Netizen itu turut menitipkan pesanan kepada para ibu bapa agar tidak merampas kebahagiaan anak.

Diharap Fizo dan Mawar tabah menempuhi dugaan ini dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.