Gais, OPPO Reno5 Series 5G dan tiba di Malaysia! Kami yakin, mesti korang teruja nak pre-order kan? Okay sebelum tu, jom tengok apa yang best dengan OPPO Reno5 Series 5G ni. Yang paling best antaranya adalah Kamera 64MP Megapixel, Dual-view Video, Ultra-Night Video, Live HDR Video dan 65W Super Flash Charge 2.0.
Jangan terlepas untuk tonton livestream pelancaran OPPO Reno5 Series 5G nanti pada 18 Januari 2021, jam 6.30 petang di Facebook rasmi OPPO dan YouTube rasmi OPPO Malaysia, sebab korang boleh menang 15 unit OPPO Reno5! Tapi kena tonton sampai ke penghujung tau. Baru boleh menang!
Okay jom kita cerita pula apa yang power dan hebat dengan OPPO Reno5 Series 5G ni.
1. Rekabentuk Unik
Apa yang menariknya dengan OPPO Reno5 Series 5G ni adalah rekabentuk dan warnanya yang sangat menawan. Didatangkan dengan warna Galactic Silver dan Starry Black, tetapi yang menariknya warna Galactic Silver ni akan berubah warna dari setiap sudut tau, sebab ia menggunakan Reno Glow. Haa.. phone lain takde!
Korang kalau suka main game pula, jangan risau sebab ia dilengkapi dengan 90Hz Refresh Rate dan skrin pula bersaiz 6.4” dengan kamera hadapan single punch-hole. Lebih luas skrin untuk korang main game.
2. 65W SuperVOOC 2.0
Reno Series memang dah sinonim dengan kuasa pengecasan kilat yang membolehkan phone anda full charge dalam masa 36 minit sahaja. Jadi, OPPO Reno5 Series 5G ni bab nak charge bateri tak perlu tunggu lama. Paling penting jimat masa anda.
3. Kamera 64MP Untuk Rakaman Video Jelas
Macam korang tau lah, OPPO memang power bab kamera ni. Kali ni, OPPO membawakan AI Highlight Video dan Dual-view Video untuk korang yang suka merakam pelbagai video kreatif. Barulah boleh nak jadi sosial media influencer!
Dengan fungsi kamera AI Highlight Video ni, korang boleh rakam macam-macam jenis video dengan kualiti yang memang mantap, untuk kedua-dua kamera hadapan dan belakang.
AI Highlight Video menggunakan teknologi Live HDR untuk menjadikan video waktu siang korang lebih smooth, cerah dan berkualiti tinggi. Korang cuba tengok contoh video kat bawah ni. Memang cun kan kualiti video ni, walaupun guna kamera hadapan.
Dan pada waktu malam pula, ia menggunakan Ultra-Night Video untuk mencerahkan video korang walaupun dirakan dalam gelap malam. Korang tengok perbezaan kalau OFF dan ON fungsi kamera ni, jauh bezanya kan? Memang terbukti OPPO Reno5 Series 5G ni dihasilkan menggunakan teknologi yang power belaka.
Ultra Night Video Rear Camera
Ultra Night Video Front Camera
Dual-View Video pula boleh menghasilkan dua video dalam satu rakaman sahaja. Di mana kamera hadapan dan kamera belakang boleh merakam dalam satu masa yang sama. Kiranya kalau anda gunakan OPPO Reno5 Series 5G sebagai perakam video anda hasilnya memang tip top. Tak semua phone boleh rakam serentak macam ni.
Selain daripada tu, OPPO Reno5 Series 5G juga dilengkapi dengan Night Flare Potrait yang membolehkan korang snap gambar waktu malam dan memberikan effect bokeh pada gambar korang selain meningkatkan kecerahan dan kejelasan gambar tersebut.
Yang paling kami kagum adalah Image-clear Engine (ICE) pada kamera OPPO Reno5 Series 5G ni. Dengan teknologi ni, korang boleh ambil gambar subjek yang bergerak, tapi hasilnya gambar korang tak blur langsung!
Korang tengok gambar ni, dah zoom pun masih clear, tak pecah pun! Itulah function Ultra Clear 108MP Image pada kamera OPPO Reno5 Series 5G ni. Memang gambar korang akan nampak detail dan clear. Zoom banyak kali pun no problem, still HD!
Kepantasan 5G
Peranti OPPO dan tahap kepantasannya tak pernah mengecewakan. Kali ini, OPPO Reno5 Series 5G dilengkapi dengan kepantasan 5G. Macam korang dah tau, 5G memiliki kepantasan 10 sehingga 100 kali lebih laju dari 4G dan keluasan sambungan juga jauh lebih hebat. Memang kalau nak main game, tengok movie, tengok TikTok, video call semua laju lah.
ColorOS 11
OPPO Reno5 Series 5G didatangkan dengan ColorOS 11 yang mempunyai pelbagai fungsi hebat tau. Jom check out!
FlexDrop
Kalau korang jenis suka multi-tasking, FlexDrop ni membolehkan korang guna pelbagai aplikasi dalam satu masa. Ia juga boleh ubah layout multi-tasking korang tu untuk keselesaan korang. Senang nak buat macam-macam dalam satu masa.
Full Scenario Game Optimization
Ni mesti gamers suka ni, sebab ColorOS 11 ni ada Bullet Screen Message, Gaming Shortcut Mode, Adjustable Gaming Touch dan Gamer Mode untuk pastikan mood korang time main game tak dikacau oleh notifications yang masuk. Korang juga bole adjust mode game korang ikut keselesaan.
Three-finger Translate
Tak payah dah nak tukar-tukar ke aplikasi lain kalau ada benda nak diterjemah, guna Three-finger Translate je! Terus siap.
So tunggu apa lagi geng?
OPPO akan melancarkan OPPO Reno5 Series 5G ni pada 18 Januari 2021, jam 6.30 petang di laman Facebook dan Youtube OPPO! Korang kena tengok tau, sebab ada giveaway 15 unit OPPO Reno5 untuk korang menangi. Hebat tak hebat lah kan. Siap ada persembahan istimewa dari Azira Shafinaz dan Sophia Liana dan juga penampilan Elizabeth Tan, Talitha Tan, Pauline Tan dan Emily Chan!
Pre-Order Sekarang!
So korang tunggu apa lagi, terus pre-order sekarang dan dapatkan hadiah percuma berjumlah RM397, iaitu OPPO Enco W11 yang bernilai RM159, phone case OPPO yang bernilai RM129, dan percuma 1-year extended warranty bernilai RM109!
Terus ke link berikut untuk pre-order!
OPPO Online Store: http://bit.ly/3siU5bP
OPPO Brand Store: https://bit.ly/35DMDyd
Untuk perbezaan OPPO Reno5 dan OPPO Reno5 Pro, korang rujuk kat bawah ni: