fbpx

OPPO Reno3 Series secara rasmi mendarat di Malaysia. Dilengkapi dengan kamera belakang 64MP, OPPO Reno3 Series akan membantu anda mengambil gambar bak fotografi terhebat. Jadi dengan ini OPPO Reno3 Series bukan lagi sekadar telefon pintar biasa yang berada di tangan anda.

Ingatlah! Untuk anda yang ingin menonton siaran langsung OPPO Reno3 Series jangan lupa klik Facebook OPPO, atau boleh terus terjah saluran YouTube OPPO, TV3 atau 8TV dan platform media lain yang untuk and rebut 15 unit OPPO Reno3!

1. OPPO Reno3 Bakal Tiba 12 Mei Ini

Kali ini OPPO Reno3 series menampilkan dual fungsi lubang kamera pada paparan skrin Super AMOLED. Di mana satu daripadanya mempunyai kuasa ultra pixel yang tinggi bernilai 44MP dan 2MP pada kamera depth of field. Di mana kedudukan kedua-dua lubang kecil ini berada di hadapan skrin. Bekerjasama, dengan dual kamera ini akan membuat selfie yang sangat jelas sambil mengekalkan keindahan semula jadi walaupun pada waktu siang yang luas.

Fungsi Dual Lens Bokeh baru yang menggunakan algoritma dwi kamera juga tidak kurang hebatnya untuk mencapai kesan bokeh. Bukan itu sahaja, bahagian tepi gambar juga mampu menghasilkan gambar yang lebih tajam dan kecerunan latar belakang tepat.

Mod Selfie Ultra Malam yang terletak di kamera depan yang menggabungkan AI Noise Reduction dan Highlighting Algorithm mampu membuatkan OPPO Reno3 Pro memberikan tangkapan cepat dan tajam. Sekaligus menjadikan gambar cerah dan jelas walaupun pada tetapan cahaya rendah.

2. Ciri-ciri Penambahan Terbaru Dalam Telefon Pintar Series A, OPPO A92, Live My Way

i) Kamera Quad 48MP

Dengan kamera belakang utama 48 MP, OPPO A92 memiliki kemampuan gambar berkualiti tinggi dan kemampuan resolusi tinggi untuk menangkap lebih banyak perincian dan menghasilkan gambar yang lebih jelas.

Bukan aperture sebesar F1.7 dapat menangkap lebih banyak cahaya, jadi foto yang diambil pada waktu siang atau malam akan kelihatan lebih jelas dan terang.

ii) Skrin

Mempunyai ciri Neo-Display 1080P yang luar biasa memberikan gambaran visual yang paling tip top. Paling menarik, nisbah skrin sangat besar sehingga 90.5% dengan ukuran skrin 6.5 inci. Ini akan membuatkan anda lebih selesa dengan ciri terbaru OPPO A series ini apabila menonton video atau bermain game.

Resolusi 2400 × 1080 piksel dan kepadatan piksel 405 PPI telah melebihi had pengecaman mata manusia, menyebabkan paparan yang sangat jelas.

iii) Reka Bentuk

Reka bentuk yang lebih inovatif untuk keselesaan anda dengan menerapkan reka bentuk constellation pada OPPO A92. Diilhamkan oleh Kawasan Kutub, penutup belakang A92 meniru perubahan di langit dari siang ke malam – penampilan galaksi Bima Sakti, dan pergerakan Aurora di malam yang sunyi.

Keempat kamera belakang disatukan bersama dan disusun dari huruf C, di sepanjang garis cahaya yang ditempatkan dengan baik yang berkilauan dengan setiap pergerakan. Ini menyerupai buruj yang bersinar di langit kutub yang mengagumkan.

Dengan reka bentuk 3D Quad-curve, lengkungan OPPO A92 di bahagian belakang sangat optimum, sekaligus memberikan rasa halus dan pegangan ergonomik dengan hanya berat 192g.

Hadir dengan warna Twilight Black dan Shining White membolehkan anda untuk membuat pesanan sekarang. Lakukan pesanan anda untuk OPPO A series di OPPO Online Store, Shopee, Lazada dan OPPO Concept Store sekarang.

Bersempena dengan Sambutan Raya, OPPO akan mengadakan kempen besar hanya untuk anda dan memberi hadiah lebih daripada RM10 juta!

1. Ganjaran Hadiah Percuma (dari 9 hingga 31 Mei 2020)

Jika anda membeli mana-mana telefon pintar di dalam gambar di atas, anda layak mendapat beberapa hadiah percuma antaranya:

– Beli OPPO A Series anda layak mendapat OPPO Backpack (bernilai RM199)
– Pembelian OPPO Reno Series bakal mendapat OPPO Enco 31 (bernilai RM 259)
– Membeli OPPO Find X2 Series anda berhak menerima OPPO Enco Free (bernilai RM499)

Kesemua pelanggan OPPO layak menerima hadiah berdasarkan telefon pitar pembelian anda. Setiap telefon pintar ini boleh dilakukan pembelian di laman OPPO Concept Store, Authorized Dealer Store, OPPO Official Website, E-commerce Partner, Telco Partner, dan Chain Store Partner.

2. Ganjaran Diskaun

OPPO A9 dan OPPO Reno 2 mempunyai diskaun tunai khas dalam tempoh ini! Selagi anda membuat pesanan dari 9 Mei hingga 31 Mei, anda boleh mendapat diskaun sebanyak RM200 apabila anda membeli OPPO A9 2020, dan potongan sebanyak RM100 apabila anda membeli OPPO Reno2!

Promosi Kod RM50 Untuk OPPO A92

Lebih menarik lagi anda juga boleh menggunakan kod promo eksklusif dari platform dalam talian atau luar talian. Ikuti langkah ini untuk dapatkan kod promo anda.

Langkah-langkah untuk mendapatkan kod promo dalam talian:

1. Klik dan daftar dengan maklumat peribadi anda di www.oppo.com.my/page/a92promo
2. SMS akan dihantar kepada anda dalam masa 24 jam
3. Kod promo RM50 hanya boleh digunakan di www.oppo.com.my
4. Hanya untuk pembelian OPPO A92 dari 4 hingga 31 Mei 2020

Langkah-langkah untuk mendapatkan kod promo luar talian:

1. Kunjungi mana-mana Kedai Jenama OPPO (117 kedai di seluruh negara) dan tunjukkan telefon OPPO yang anda inginkan kepada kakitangan yang bertugas
2. Dapatkan diskaun segera RM50 di kedai
3. Promotor akan membantu anda memuat turun Aplikasi MY OPPO dan mendaftar sebagai Ahli OPPO

3.100 Hadiah Akan Diberi Setiap Hari

Sekiranya anda membeli mana-mana telefon OPPO dari 9 Mei sehingga 31 Mei, anda layak untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini!

OPPO akan melakukan cabutan bertuah dalam talian di Facebook OPPO Malaysia dari 11 Mei hingga 31 Mei jam 8 malam setiap hari. Sebanyak 10 orang akan menerima hadiah utama 100% pulangan wang tunai, 30 pemenang di tempat kedua akan mendapat OPPO W31 (bernilai RM259) atau Fujifilm Instant Printer (bernilai RM548), dan 60 baucar E-Wallet bagi hadiah di tempat ketiga dengan harga RM30!

Pulangan Tunai 100% bermaksud, jika anda membeli OPPO FindX2 Pro pada harga RM4599. OPPO akan mengembalikan 100% dari RM4599 anda! Ini bermaksud bahawa anda boleh mendapatkan kembali semua wang untuk membeli telefon. Menarik kan?

Untuk penyertaan, anda hanya perlu muat turun aplikasi MY OPPO, klik pada banner dan isikan maklumat peribadi anda. Setelah disahkan oleh OPPO, anda akan mendapat SMS untuk nombor bertuah!

Anda juga boleh menunggu live OPPO pada jam 8 malam setiap malam di Facebook OPPO. Sekiranya anda memenangi nombor bertuah, anda harus segera mengambil screenshot dan memberi komen “Saya pemenang bagi … (kategori yang berjaya)“. Contohnya anda adalah pemenang betuah bagi kategori hadiah utama, jadi anda harus taip “Saya pemenang bertuah pulangan wang tunai 100%“.

Jadi apa tunggu lagi, cepat rebut cabaran OPPO untuk dapatkan lebih banyak ganjaran hebat!