Oprah memang terkenal dengan kejutan penuh komersial. Ini bukan kali pertama kejutan hadiah besar buat penonton studio di’adakan.
Kali ini, Oprah dengan bantuan Volkswagen berbesar hari untuk menghadiahkan 275 buah VW Beetle edisi baru untuk keluaran 2011/12 kepada setiap penonton yang hadir.
Hadirin di’studio memang menjerit kegembiraan & hampir histeria dengan kejutan dari permaisuri TV USA ini. Bukan calang-calang hadiah yang di’terima.
Mungkin ini adalah sebahagian dari budget USD71 billion Volkswagen untuk merampas takhta pengeluar kereta No.1 di’dunia dari Toyota. Apalah sangat 275 buah kereta untuk di’sedekahkan.
Boleh kami minta satu? Video kegilaan penonton studio Oprah selepas ini. Kita tengok sahajalah. Dr Rozmey, bila nak buat gimik sebegini?