fbpx

Meskipun Puteri Sarah telah pun bercerai dengan Syamsul Yusof namun hubungannya dengan bekas mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail masih baik serta sudah dianggap ibu bapanya sendiri.

Baru-baru ini, Datin Patimah sekali lagi menjadi perhatian apabila dilihat memberi pesanan kepada orang ramai supaya tidak mempertikaikan mengapa mereka mengambil berat tentang menantunya, Puteri Sarah.

BACA: “Anak Lebih Percaya Orang Baru Hidup Dengannya Dari Ibu Yang Melahirkan” – Ibu Syamsul

Datin Patimah berkata mereka merasai keperitan yang dilalui oleh aktres itu apabila ditinggalkan dan membawa diri bersama anak-anak.

“Jangan ada yang cemburu betapa kami kisahkan menantu kami, Puteri Sarah kerana dia ibu kepada cucu-cucu kami.

“Kami merasa apa yang dirasai apabila melalui kehidupan ditinggalkan dan membawa diri bersama anak-anak,” katanya.

Sebelum ini, Datin Patimah dilihat ada memuat naik gambar Puteri Sarah serta kapsyen pedas ditujukan kepada individu yang menganggu menantunya itu.