fbpx

Ohh Kenapa Kenapa — Julie Woon Sudah Bertunang, Kahwin Hujung Tahun

Dalam komuniti dunia hiburan yang di’dominasi Melayu, nama Julie Woon antara yang di’kenali ketika ini dan beliau kini sudah bertunang.

Bercakap secara eksklusif kepada GUA baru baru ini, Julie Woon mengakui yang beliau sudah pun bertunang dengan jejaka pilihan pada 25 Disember 2012 yang lalu.

Julie Woon mendedahkan yang tunang beliau ketika ini bukanlah dari kalangan selebriti tetapi orang biasa (ya, selebriti bukan orang biasa #LOL) yang bekerja dalam bidang pengiklanan.

Menariknya, jejaka bertuah itu melamar Julie Woon ketika mereka sedang sama sama berada di kota London untuk melawat abang beliau di’sana.

“Dia telah membawa saya ke Parliament Hill untuk menyuarakan hasratnya itu dan tanpa banyak bicara, saya telah menerima lamarannya itu — saya dapat rasakan dia adalah jodoh saya yang terbaik”

“Kalau boleh kami mahu berkahwin pada hujung tahun ini — besar kemungkinan pada Disember. Tetapi kami belum pilih tarikhnya lagi,” ujar Julie Woon yang turut menunjukkan cincin pertunangan beliau.