fbpx

Ogy Jemput Fattah Amin Masuk Kelas Lakonannya

Sebut saja nama Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, pasti ramai yang teringat bagaimana jujurnya lakonan pelakon wanita ini dalam membawakan watak sehingga meninggalkan kesan kepada penonton. Baru-baru ini, Ogy telah mempelawa Fattah Amin untuk menghadiri kelas lakonan anjurannya.

BACA: Kena Kritik, Abam Bengang Dengan Ogy Ahmad Daud

“Saya mahu Fattah Amin untuk datang ke kelas saya belajar lebih banyak ilmu daripada segi lakonan supaya dapat mempelbagaikan teknik penyampaian dalam lakonan. Rugi sekiranya dia tidak menggunakan peluang yang ada sekarang ini kerana namanya tengah popular”

“Apa yang saya lihat pelakon sekarang tidak tahu untuk bermain dengan emosi ketika berlakon. Mereka ini lebih pada menghafal skrip daripada penghayatan dalam setiap watak yang diberikan”

“Ini kerana mereka tidak faham situasi apa yang ingin dilakonkan jadi bagaimana mereka hendak faham emosi yang hendak disampaikan kepada penonton,” jelasnya kepada Astro Gempak. Setuju sangat dengan apa yang diperkatakan oleh Ogy ini.

Namun adakah Fattah akan menghadiri kelas lakonan tersebut, tidaklah diketahui. Namun umum mengetahui bahawa Fattah pernah menghadiri beberapa kelas lakonan dan nyanyian bagi memperbaiki kelemahan dirinya yang dilabel sebagai kayu itu di awal kehadirannya di dalam dunia seni. (rtky/s)