fbpx

Ogy Ahmad Daud Tarik Diri Dari Restoran & Nafi Disingkir Rakan Kongsi

Awal tahun ini, Ogy Ahmad Daud ada memberikan kenyataan yang beliau nekad untuk meninggalkan dunia hiburan untuk memberi fokus terhadap restoran Ogy D’Greenwood yang di’buka sejak November tahun lalu.

Restoran yang di’buka bersama rakan kongsi bertempat di Gombak, Selangor itu bagaimanapun di’khabarkan telah di’tutup & terdapat masalah dalaman sehingga satu peringkat Ogy sendiri di’singkirkan.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Ogy Ahmad Daud mengakui yang beliau sudah tidak menguruskan restoran itu selepas meletak jawatan pada bulan April lalu & restoran itu masih beroperasi seperti biasa.

“Saya tidak bergaduh atau wujud sebarang konflik (dengan rakan kongsi). Selepas meletakkan jawatan, saya tidak mahu mengungkit sebarang cerita yang tidak baik atau menyalahkan sesiapa, itu bukan sesuatu yang bijak”

“Restoran itu masih beroperasi, masih ada orang yang perlu cari rezeki. Bagi saya, sudah tidak ada rezeki di sana, saya terima dan terus berusaha”

Menganggap rezeki buat beliau bukan bersama dengan restoran tersebut, Ogy Ahmad Daud tetap berharap akan dapat membuka restoran sendiri suatu hari nanti & meminta peminat doakan yang terbaik.