fbpx

Obses Dengan Anak, Emma Maembong Bawa Syariq Ke Set Penggambaran

Bergelar seorang ibu sukar untuk pelakon Emma Maembong untuk meneruskan kariernya apatah lagi dia sentiasa memikirkan tentang anaknya, Shariq Gabriel kini berusia setahun.

Mengakui pada awalnya sukar untuk berenggang dengan anak, Emma berkata sukar untuk fokus kerana sesi penggambaran kerana asyik teringatkan anak.

BACA: Emma Maembong Mengaku Masih Berkawan Dengan Bekas Kekasih

“Waktu mula-mula dapat tawaran berlakon ni saya tak bersedia untuk berlakon lagi sebenarnya. Biasalah, agak sukar untuk saya berenggang dengan anak sebab baru bergelar ibu.

“Tetapi bila fikir balik, susah juga kalau kita nak obses dengan anak sendiri sampai melekat 24 jam. Bila nak mula shooting memang susah nak fokus sebab teringat pada anak, dia okay ke tidak, dah makan ke belum?” katanya.

Kata Emma lagi, baginya sangat berbza jika orang lain menjaga anaknya dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk membawa anaknya ke set penggambaran.

“Memang berbeza bila kita sebagai seorang mak ni menjaga anak sendiri, kalau orang lain yang jaga tak sama. Jadi saya mengambil jalan pintas untuk bawa sekali dia ke set,” katanya.

Emma mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang, Muhammaf Shazli Azhar dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Damansara, Kuala lumpur pada 20 Februari 2020.