fbpx

Nyanyian Live Dikritik, Cik B Mohon Maaf Gemuruh Sampai Mulut Kering

Baru sahaja melancarkan single berjudul Tolonglah, semalam Cik B pertama kali membuat persembahan di pentas menyanyikan lagu tersebut yang disiarkan secara langsung di program Vokal Mania.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Bagaimanapun, penampilan pertamanya di pentas itu mendapat reaksi kurang baik daripada penonton apabila ramai yang mengkritik gadis berusia 15 tahun itu. Ada yang mengatakan, lebih baik jika bakat terpendam itu dibiarkan ‘terpendam’ sahaja.

BACA: Cik B Tak Percaya Lagu Tolonglah Raih Lebih 3 Juta Tontonan

Dalam pada itu ada yang memberi pendapat ramai lagi yang lebih layak untuk muncul di atas pentas tersebut dimana mereka bersusah payah untuk mengejar impian berbanding Cik B. Namun ada yang kurang senang dengan kecaman diberikan,

Susulan itu timbul perdebatan di kalangan netizen mengatakan jika tidak diberi kritikan seorang penyanyi itu tidak perbaiki persembahan mereka dan sampai ke sudah banyak lambakan penyanyi tidak berkualiti.

 

Bagaimanapun, ada yang tampil mempertahan anak kepada usahawan kosmetik itu bahawa itu merupakan percubaan pertamanya dan dia masih lagi muda. Kata netizen lagi, beri peluang pada Cik B untuk mengasah bakat lagi.

Tidak mudah melatah dengan kecaman netizen, Cik B memohon maaf di laman Twitternya serta menjelaskan dia terlalu gemuruh sehingga mulut kering ketika mempersembahnkan lagu tersebut secara langsung.

Perkongsian Cik B itu mendapat perhatian netizen yang memuji keberanian gadis itu. Dalam pada itu ada yang memberi cadangan supaya Cik B masuk kelas vokal agar dapat memberikan persembahan lebih baik di masa akan datang.