Tampil dengan single berjudul Tolonglah, dalam sekelip mata muzik video lagu anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B meraih lebih 3.2 juta tontonan selepas seminggu dilancarkan di YouTube.
Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin tidak menyangka lagu tersebut mendapat sambutan luar biasa kerana sebelum ini timbul dakwaan tidak sedap didengar bahawa lagu berkenaan dikatakan menggunakan suara rapper, Yonnyboii.
BACA: Selepas Bergelar Pelakon & Penyanyi, Cik B Nak Jadi Pelawak Pula
“Saya amat gembira dengan pencapaian lagu ini. Saya macam tidak percaya boleh menghasilkan lagu yang mendapat perhatian ramai sehingga tular.
“Apabila lagu dan video muzik ini dilancarkan, saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk tular. Saya tahu ada yang tidak berapa suka dengan genre lagu ini.
“Biar apa pun, saya mengucapkan terima kasih kepada yang sudah menonton video muzik Tolonglah dan komen positif diterima,” katanya kepada BH Online.
Enggan mempedulikan jika ada yang memberi tanda ‘dislike’ kepada video muzik berkenaan, Cik B menyifatkan mereka adalah haters yang iri hati dengan dirinya.
“Bagi yang memberikan tanda ‘dislike’, saya tidak tahu sebab apa. Mungkin mereka tidak tengok lagi tapi beri tanda ‘dislike’.
“Mungkin mereka adalah ‘haters’, jadi, dengki dengan saya. Tidak mengapalah, biarlah mereka memuaskan hati sendiri dengan cara itu,” katanya.
Dalam pada itu, Cik B turut memberi pesanan agar tidak memperkecilkan bakatnya agar serta menyimpan perasaan iri hati dan benci terhadapnya sedangkan dia tidak pernah menyakiti hati mereka.
“Bagi mereka yang memperkecilkan bakat saya, kita tidak boleh benci orang. Simpan saja kalau sakit hati sebab saya tidak pernah sakitkan hati mereka,” katanya.