fbpx

Nyanyi Live Di MeleTOP, Nabila Razali Dipuji Netizen

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila tular nyanyian Nabila Razali yang ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua secara langsung sehinggakan rata-rata netizen mempersoalkan kemampuan vokal penyanyi itu.

Selepas hampir tiga bulan insiden itu berlalu, Nabila tampil menyanyikan lagu Peluang Kedua secara langsung di rancangan MeleTOP malam tadi dengan alunan gitar sahaja.

BACA: MK K-Clique Kecewa Netizen Tak Henti Kecam Nabila Razali

Ternyata persembahan Nabila itu mendapat reaksi positif daripada netizen. Menerusi ruangan komen di YouTube, rata-rata memuji Nabila dilihat semakin baik membawakan lagu berkenan.

Kata netizen lagi, pengawalan suara Nabila juga semakin baik dan nampaknya penyanyi itu sudah banyak menunjukkan kemajuan dalam nyanyian. Malah, ada yang mengatakan, versi secara langsung itu lebih baik daripada rakaman.

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan suara Nabila sedap untuk didengar tetapi penyanyi itu seolah takut untuk melontarkan suara. Dalam pada itu, ada yang berharap lagu Peluang Kedua akan tercalon dalam Anugerah Juara Lagu (AJL).