fbpx

MK K-Clique Kecewa Netizen Tak Henti Kecam Nabila Razali

Meskipun video muzik lagu single terbaru Nabila Razali iaitu  Peluang Kedua sudah meraih lebih 6 juta tontonan dalam masa seminggu, namun lagu tersebut masih menerima komen dan kritikan negatif daripada netizen.

Perkara itu turut mendapat perhatian MK (K-Clique) yang kecewa dengan sikap netizen yang keterlaluan ketika meninggalkan komen negatif dan tidak memikirkan perasaan orang lain.

BACA: Nabila Razali Pelik Video Muzik Peluang Kedua Cecah 6 Juta Tontonan

MK berkata seseorang itu mempunyai hak untuk menegur atau menyuarakan pendapat namun tidak perlu meninggalkan komen kasar sehingga boleh menggores hari orang.

“Hari ini aku bangun dengan perasaan yang kecewa dan kesal dengan sesetengah perangai manusia yang suka melontarkan komen yang langsung tidak memikirkan perasaan orang lain. Kalau tiada benda baik nak cakap, diam.”

“Kalau ada teguran, hadap terus ke tuan badan. Kalau ada pendapat, lontarkan. Bergurau? Biarlah bertempat. Kita semua manusia, semua ada perasaan.”

Bagaimanapun MK memberi bayangan bahawa dia langsung tidak kisah sekiranya terpaksa berdepan dengan situasi sama, namun mungkin tidak pada orang lain.

Terdahulu, ada netizen yang kurang senang dengan trend dimana kualiti lagu dinilai menerusi jumlah tontonan semata-mata memandangkan video muzik itu menampilkan penyanyi rap kegilaan ramai, MK K-Clique.

Malah, netizen itu juga mengatakan industri muzik negara menuju jahanam disebabkan lagu-lagu tersebut yang kerana jumlah tontonan yang ramai