Siapa sangka selepas lapan tahun berkawan baik, pasangan pelakon Ardell Aryana berkahwin dengan sahabat baiknya sendiri, Nadzmi Adhwa. Rupanya, sudah banyak kali Nadzmi memberi bayangan mahu Ardell berkahwin namun ditolak.
Namun, Ardell sendiri memutuskan untuk untuk merisik Nadzmi dengan memberikan senaskah Al-Quran. Memang ramai yang ‘bersemut’ melihat pasangan tersebut ketika acara membatalkan air sembahyang.
BACA: Ardell Aryana Lamar Suami Dengan Al-Quran
Ya Allah…cutenya diorang ?
Malu2…aloloo sweet pun ade gak ?? pic.twitter.com/ugjPDu0Vbd
— Snr ? (@sinar2802) September 1, 2019
Bagaimanapun, ada segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang dengan aksi pasangan tersebut ketika menyarungkan cincin dimana Ardell kelihatan malu apabila Nadzmi mahu memegang tangannya.
Ada yang mendakwa pasangan itu hanya berdrama sedangkan sebelum ini mereka selalu sahaja menyanyi berdua dalam kereta siap bertepuk tampar.
Inilah lumrah apabila bergelar selebriti, ada saja serba tak kena di mata netizen. Apa pun kita doakan yang baik-baik saja untuk Ardell dan Nadzmi dan semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke Jannah.