Rata-rata ramai terkejut dan tumpang gembira dengan majlis pernikahan Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa semalam. Kongsi Ardell, sudah banyak kali Nadzmi memberi bayangan mahu mengajaknya berkahwin namun beliau menolak.
BACA: Nadzmi Adhwa, Ardell Aryana Selamat Diijabkabul
“Saya dah anggap dia macam adik dan kami macam kawan baik, masa susah dan senang ada bersama. Dia ada bagi beratus kali hint nak ajak kahwin tapi saya tak bagi jawapan sebabnya saya tak bersedia lagi”
Namun pendiriannya berubah apabila Ardell memutuskan untuk merisik suaminya dengan memberikan senaskah Al-Quran. Jelas Ardell, beliau mahu suaminya fahami dan khatamkan dahulu sebelum menerimanya sebagai isteri.
“Rasa banyak kekurangan dan bukan mudah bergelar isteri. Sehinggalah selepas hari raya Aidilfitri lalu, saya sendiri merisik dia dan memberi senaskah Al-Quran untuk dia fahami dan khatamkan”
Menjawab pula mengenai perancangan selepas ini, pasangan ini merancang untuk berbulan madu di Mekah. Manakala soal cahaya mata pula, Nadzmi berkata, mereka tidak merancang dan menerima andai diberikan rezeki awal.
“Selepas ini Ardell ada latihan untuk misi kemanusiaan di Yaman dan Syria, manakala saya pula ada penggambaran. Insyallah bulan Oktober atau November depan majlis resepsi. Honeymoon kami mungkin menunaikan umrah hujung tahun ini,” jelas Nadzmi kepada m Star Online.
Terdahulu semalam dengan sekali lafaz Ardell dan Nadzmi sah bergelar suami isteri. Dalam majlis terbabit Ardell menerima hantaran senaskah Al-Quran dan mas kahwin bernilai RM300. Tahniah diucapkan! (rtky/w)