fbpx

Nurul Syuhada Sahkan Letak Jawatan Di TV3, Sejak Sebulan Lepas

Laporan yang tidak dapat di'pastikan kesahihan petang ini menyebut yang Nurul Syuhada telah pun meletak jawatan dari terus bekerja di Media Prima hari ini.

Keputusan meletak jawatan ini khabarnya di'ambil ekoran isu Bintulu 'daif' yang rancak di'perkatakan hujung minggu lalu & pengacara ini telah pun memohon maaf.

Wartawan kami sedang berada di rumah terbuka Media Prima dan berusaha mendapatkan kepastian daripada Nurul Syuhada yang kelihatan hadir sama. Stay tuned!

UPDATE-1: Beberapa orang kakitangan TV3 yang kami temui menafikan mereka ada mendengar apa apa berita tentang Nurul Syuhada meletak jawatan pagi ini. Aneh.

UPDATE-2: Bercakap kepada wartawan kami petang ini, Nurul Syuhada mengesahkan yang beliau sudah pun melepaskan jawatan tetap bersama TV3 sejak sebulan yang lalu.

Nurul Syuhada turut menyatakan yang sebenarnya isu ini sudah di'perkatakan sejak beliau mula memakai tudung tempoh hari & semakin rancak apabila isu Bintulu 'daif' timbul.

Dan, pengacara ini menegaskan yang keputusan di'ambil beliau tidak ada kena mengena dengan apa yang berlaku baru baru ini tetapi lebih kepada komitmen peribadi & keluarga.

Keputusan ini di'ambil kerana Nurul Syuhada ingin menumpukan perhatian kepada keluarga selain ada keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana.

Nurul Syuhada turut mengatakan yang beliau kini bekerja secara separuh masa di TV3 untuk rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) & gembira kerana ia'nya memberikan masa bekerja yang lebih fleksibel.

zp8497586rq